20 December 2008

Plaza cooking show!

Hari ni kami; Rex, Nazmi and Hin akan mempersembahkan cara-cara memasak kepada warga-warga Jepun. So menu kami hari ini,

~NASI AYAM~
&
~MEE KARI~






















Pada tepat pukul 10 a.m. (TEPAT beb.. bukan janji melayu punya), kami sampai di plaza. Then, kami dibawa ke dapur plaza..Perghh, besar gile.. Terkejut juga sebab ingatkan sikit je orang yang datang, rupanya dekat 15 orang juga campur kami. So tanpa melengahkan masa, kami memulakan "show" kami.

Actually, sebelum hari ini Hin dah bagi resepi-resepi dalam bahasa jepun kepada mereka. So, roughly mereka tahu la apa yang kami akan buat. Firstly, Hin membahagikan tugas potong-memotong bahan kepada pakcik makcik jepun itu. Sebab kami buat dua menu pada hari ini, tugas memasak MEE KARI diberi kepada Hin, and tugas memasak NASI AYAM diberi kepada Rex dan Nazmi.

Disebabkan kami memakai ayam whole yang masih belum dipotong, makcik-makcik itu meminta ajar bagaimana untuk memotong ayam itu. Agaknya sebab ayam di jepun dijual siap dipotong so mereka kurang keyakinan untuk melaksanakan tugas berat itu. Dengan itu kami menghantar Nazmi sebagai wakil untuk menunjuk cara-cara memotong ayam. Dengan pisau yang sangat tajam, tak seperti pisau di rumah, Nazmi dengan bangganya menunjukkan cara-cara memotong ayam. Namun, terketaq-ketaq juga bila ditanya oleh makcik-makcik itu. Bukan apa, kami mana la tau sangat bahasa jepun kat dapur ni..


Pening juga kami nak explain macam mana itu, macam mana ini... Macam-macam mereka tanya. "Sup ni untuk apa?", "Lepas ni ayam ni nak buat macam mana?", "Macam mana nak rebus ayam ni?", dan pelbagai soalan lagi yang mencabar minda kami untuk menjawabnya. Kemudian semasa nak buat kuah cili untuk nasi ayam, habis satu dapur terkena penangan cili itu. Semua bersin-bersin, batuk-batuk.. hahahaha...kelakar.. (termasuk la kami..T.T)

Akhirnya siap. Satu lagi soalan yang mereka tanya. "Nasi ni nak bubuh kat pinggan macam mana?". Adei.. soklan yang pelik sungguh. Tapi betul juga, orang jepun makan cara serve seorang-seorang. So, kami demonstrate la satu pinggan. Yang selebihnya mereka buat.


Kemudian kami pindah ke bilik lain untuk menjamu selera. Perkara yang rasanya tak pernah orang buat, makan NASI AYAM & MEE KARI serentak. Hahaha. Tapi itu yang kami buat hari ini. Sebelum makan, Hin dengan slideshow turun-temurunnya terlebih dahulu menceritakan serba sedikit tentang Malaysia. Tugas nazmi adalah menunjukkan di manakah Malaysia di globe bumi.


Selesai slideshow, kami pun menjamu selera. Pergh.. bila tengok balik rasanya tak pernah kami masak & hidang se"ちゃんと" (properly) macam ni. Lawa, sedap. (Ceh puji sendiri..). Sambal yang kami buat itu betul-betul pedas. So kami warning awal-awal jangan ambil banyak sangat nanti merana di kemudian hari. Hehehe. Semasa makan kami berborak dengan makcik pakcik di situ. Mereka bertanya macam-macam soalan. Kami belajar apa, datang jepun bila, kat Malaysia plkn macam mana (aik? diorang tau plak), biasa makan hari-hari makan masakan macam ni ke..

Habis makan kena la kemas. Ada yang lap meja, ada yang angkat meja, ada yang basuh pinggan, ada yang buat-buat tolong pegangkan dulang & chopstick (depan camera punya pasal)..hahaha.. Barang-barang lebihan semua diberi kepada kami. Dapat olive oil, madu, serbuk cinnamon, sayur-sayur lebihan.. Tapi ada pakcik tu suka makan sambal cili tu. "Sambal ni pakcik bawak balik ye..". Hahaha.. bawak la pakcik..



Siap kemas. Waa.. seronok betul hari ni. Bukan selalu nak dapat peluang ada aktiviti dengan orang jepun ni...楽しかった~

お疲れ様でした~

You can see all the pictures here.





06 December 2008

Jikken - Choux Cream



シュークリーム (Choux Cream
@ Cream Puff)


I love cream puff. Hmm, cream puff ni adalah sejenis roti, dimana choux pastry yang crispy yang diisi dengan filling sweet cream atau custard, kemudian ditaburkan keatasnya dengan powdered sugar. Nyum-nyum!!

Well, sejarah choux cream ni lebih kurang begini; Ada orang kata choux cream ni bentuknya macam kobis (bukan kobis cina). So, dalam French kobis adalah "choux" dan mungkin itulah asal-usul namanya.

Maka dengan ini, terancanglah satu jikken di grand blue-mk ni. CHOUX CREAM. Then malam tadi pukul 2130 kami pergi membeli bahan-bahan dan alat-alat yg diperlukan di Jusco. Jarum jam menunjukkan tepat pukul 2200 (デジタルの時計なのに~) jikken pun bermula.

(1st try)
Pada mulanya, kami mencari guru-guru kami di tak lain dan tak bukan,
Tapi dengan guru dari jepun ada, guru dari us ada, akhirnya 失敗. Betul la orang cakap,
"Too many cooks will spoil the soup".
Ini hasilnya:



Masa first time tengok dalam oven memang gelak pecah perut la. Dough yang kami buat bergabung dan bersepakat untuk mengenakan kami akibat tidak mengikut sukatan yang diajar oleh guru-guru kami. Ha ha ha..

(2nd try)
Maka kali ini kami bertekad untuk berpegang kepada salah satu ajaran. Guru kami kali ini datangnya dari jepun. Guess what? Kami berjaya akhirnya. Choux cream pertama kami dengan filling custard. So jikken kali ini kami boleh bg markah 7/10. Custard rasa dah mantap cuma terlalu pekat. Next time kene buat cair2 sedikit. Kulit choux cream perlu dibakar 2 kali. Kali pertama dengan suhu 200 darjah celcius, selama 15 minit. Pembakaran kedua dengan suhu 180 darjah celcius selama 15 minit lagi. Sementara menunggu siap dibakar, kami buat la custard cream.

15 minit yang pertama:




15 minit yang kedua:




HASILNYA.. choux cream pertama kami:




05 December 2008

Followers

I am

My photo
wandering to search for more experience..